Pilihanraya Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman

Tun Abdul Razak melihat Nik Hassan sebagai calon yang layak diangkat bagi menggantikan Datuk Mahmood bin Sulaiman, sebagai Menteri Besar baru Terengganu. Datuk Mansor Mohamad, ADUN bagi kawasan Batu Rakit diminta meletak jawatan bagi membolahkan satu pilihanraya kecil di adakan. Nik Hassan dicalonkan dalam PRK Batu Rakit yang diadakan pada Ogos 1971 tersebut, dan memenanginya. Nik Hassan kemudian terus mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru beberapa hari selepas itu.

Datuk Mansor Mohamad pula, dilantik menjadi Senator.